Ramalan kes baharu Covid-19 mungkin cecah 15,000 sehari?

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam tempoh sebulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan telah menaikkkan ramalan kes baharu Covid-19 sebanyak dua kali apabila ia mencecah ramalan sebenar kementerian itu.

Katanya, trend itu dapat dilihat kerana beliau sering memantau graf model ramalan kes baharu yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah setiap pagi.

“Dalam tempoh sebulan lalu, KKM telah naikkan ramalan kes baru mereka dua kali apabila trend kes baru sebenar cecah ramalan mereka (atau dipanggil “breakout” dalam istilah pemain saham).

“Pada 21 April, KKM naikkan ramalan bagi kes baru dari 3,000 sehari ke 5,000 sehari. Dinaikkan sekali lagi dari 5,000 kes ke 9,000 kes dalam masa terdekat pada 12 Mei,” tulisnya menerusi Facebook.

Najib berkata, beliau perhatikan trend jumlah kes sebenar sekali lagi mula cecah model ramalan 9,000 kes KKM pada pagi ini sekali gus mewujudkan persoalan.

“Adakah ramalan bakal dinaikkan lagi bagi kali ketiga dalam tempoh sebulan dan berapakah ramalan baru? 12,000 kes sehari? 15,000 kes sehari?

“Harap KP KKM akan guna fakta ini dalam meeting MKN petang nanti. Biar mereka tahu sebab bimbang mereka masih belum tersedar,” katanya.

Semalam, media melaporkan, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah drastik termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan, berkata pilihan itu akan dibincangkan lanjut ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang bersama Perdana Menteri dan wakil-wakil kerajaan negeri, hari ini.

“Itu (total lockdown) antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan yang kita ada selepas kita laksanakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang perlu diambil, sama ada secara keseluruhan atau bersasar,” katanya. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/05/20/kerajaan-bincang-total-lockdown-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here