Lebih 58,000 sokong petisyen Neelofa dipenjarakan

0
2

PETISYEN bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ yang diwujudkan sejak dua hari lalu mendapat respon orang ramai apabila lebih 58,000 bersetuju hukuman itu dilaksanakan.

Ia sebagai saluran untuk rakyat menyuarakan tanda setuju agar Neelofa ipenjarakan selepas terpalit beberapa kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan Malaysiapost di laman sesawang change.org mendapati petisyen berkenaan berjaya memperoleh sebanyak 58,304 tandatangan sehingga jam 12.20 tengah hari tadi.

Difahamkan, petisyen itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata rakyat Malaysia menyatakan kekecewaan dengan sikap selebriti itu yang disifatkan mencabar undang-undang.

“Neelofa mengunakan kelebihannya untuk tidak menghormati undang-undang sedangkan rakyat sangat memperjuangkannya,” kata Muhammad Yusoff.

“Pelanggaran SOP berkali-kali tanpa sebab yang kukuh,” luah Faizam Harun.

Sementara itu, Izam Idris berkata, beliau menandatangani petisyen berkenaan kerana mendakwa Neelofa dan suaminya tidak pernah mengikut SOP ditetapkan, sekali gus membuktikan pasangan itu mencabar undang-undang.

Difahamkan, antara kesalahan Neelofa disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu melanggar SOP Aidilfitri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here