Covid-19 di Turki terkawal selepas 2 minggu ‘lockdown’

0
1

SITUASI jangkitan Covid-19 di Turki dapat dikawal selepas negara itu melaksanakan dua minggu ‘lockdown’ yang ketat.

Perkara itu dinyatakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi perbualan perbualan telefon dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Berkongsi mengenainya, Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata dalam perbualan itu beliau mengemas perkembangan terkini di Malaysia berkenaan pandemik Covid-19.

“Beliau memaklumkan kepada saya bahawa Turki, setelah ‘lockdown’ dua minggu yang ketat, telah berjaya mengawal keadaan Covid-19.

“Beliau juga memberitahu saya bahawa pada bulan September, Turki berharap dapat menghasil dan mengedarkan vaksin Covid-19 sendiri,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kepemimpinannya yang gigih dalam membela rakyat Palestin daripada penjajahan pemerintah Israel yang radikal.

Turki merekodkan 9,385 kes baharu semalam, berbanding lebih 40,000 kes harian kira-kira tiga minggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here