Covid-19: Penggunaan katil ICU di seluruh negara capai 83 peratus

0
3

KADAR penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83 peratus setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Berdasarkan data, sebanyak 11 negeri dan wilayah merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

Antara negeri dan wilayah tersebut adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.Dalam masa yang sama sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat untuk lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.

“Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga menyeru majikan untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.

Semalam, jumlah kes harian baharu Covid-19 terus meningkat dengan mencatatkan 6,806 kes berbanding 6,075 kes pada Rabu dengan keseluruhan kes kumulatif di Malaysia setakat ini 492,302 kes.

Manakala jumlah kes kematian akibat Covid-19 mencatatkan 59 kes kematian, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah 2,099 kes.

Sementara, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 587 kes dengan 330 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

Foto Kredit: KKM Putrajaya/Twitter

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/05/19/covid-19-penggunaan-katil-icu-di-lembah-klang-cecah-125-peratus/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here