Angka kematian akibat Covid-19 di Malaysia lebih 2,000

0
2

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 terus mencatatkan angka tertinggi sejak wabak berkenaan melanda Malaysia dengan 59 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah 2,099 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes-kes kematian pada hari ini adalah membabitkan 14 kes di Johor, 10 kes di Selangor, lapan kes di Kuala Lumpur, enam kes di Kelantan.

Sementara, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga kes di Kedah, Perak, dan Terengganu, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Sabah dan Pulau Pinang.

Menurutnya, kes sembuh pula ialah 3,916 kes menjadikan 440,032 kes kumulatif sembuh, manakala kes aktif dilaporkan setakat ini sebanyak 50,171 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 587 kes dengan 330 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kluster baharu pula adal 24 kluster menjadikan keseluruhan 1,966 kluster dengan 528 kluster masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Patuhlah kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here