Kes baharu harian Covid-19 catat lebih 6,000 kes

0
3

JANGKAAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes harian baharu Covid-19 akan meningkat mendadak ternyata benar apabila jumlah direkodkan hari ini adalah 6,075 kes menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi dicatatkan setakat ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,251 kes.

Diikuti Johor 699 kes, Kuala Lumpur (660 kes), Kedah (445 kes) dan Kelantan (441 kes).

Sarawak merekodkan 323 kes, manakala Perak (220 kes), Terengganu (203 kes), Negeri Sembilan (189 kes) dan Pulau Pinang (183 kes).

Bagi Sabah pula 160 kes dicatatkan, Pahang (150 kes), Melaka (122 kes), Labuan (14 kes), Putrajaya sembilan kes dan Perlis enam kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here