POLIS menerima laporan polis berkaitan isu selebriti popular, Neelofa didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang, Khamis lalu.
Laporan itu disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, majlis tersebut disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.
“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan,” katanya.
Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama ahli keluarganya di sebuah kediaman di ibu kota baru-baru ini.
Ianya selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik sebuah video di Twitter.
Video berdurasi 27 saat dengan keterangan `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman satu sama lain.
Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, PU Haris Ismail. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/05/17/video-raya-himpun-keluarga-neelofa-didakwa-langgar-sop-aidilfitri/

