SELEBRITI terkenal Azwan Ali lantang mengecam Neelofa kerana berulang kali dikatakan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Azwan yang lebih sensasi dikenali sebagai Diva AA dilihat tidak dapat mengawal kemarahan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pengacara Meletop itu yang seolah-olah mengambil mudah dengan melanggar SOP buat kali ketiga.
Menerusi ciapan di Twitter, Diva AA atau nama lengkapnya Mohamed Azwan Ali mencadangkan Neelofa dihukum penjara sebagai bentuk pengajaran kerana hukuman denda sebelum ini tidak mampu memberi kesedaran kepadanya agar sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan.

“Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.
“Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!,” selar Azwan melalui Twitter miliknya.
Terdahulu, media melaporkan keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri yang ditetapkan.
Sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari semalam.
Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.
Kemungkinan sedar video yang dimuat naik mencetuskan amarah netizen, tidak lama selepas itu, Noor Nabila memadam video berkenaan dari Instagram. – Malaysiapost

