Komandan jihad Islam terkorban serangan di Gaza

0
3

SEORANG komandan pejuang jihad Islam, terkorban ketika serangan pihak tentera Israel ke atas Palestin yang kini hampir memasuki dua minggu.

Memetik laporan Independent.co.uk, Hassam Abu Harbid terbunuh semasa serangan udara ganas di Gaza – ketika Amerika Syarikat menekan pihak tentera mendapatkan bukti Hamas beroperasi di menara pejabat media Gaza yang dihancurkannya.

Abu Harbid yang juga komandan bahagian utara jihad Islam, adalah individu penting dalam serangan peluru berpandu anti-kereta kebal, yang telah menakutkan warga Israel pada awal minggu serangan tersebut.

Laporan media Reuters dan sumber jihad Islam telah mengesahkan Abu Harbid terkorban.

Media juga melaporkan rentetan serangan kejam Zionis itu, turut menghancurkan terowong sejauh sembilan batu (14.4 kilometer)dan rumah sembilan komander Hamas yang disangka terlibat dalam gelombang serangan sama.

Namun begitu, terdapat percanggahan dalam serangan tersebut di mana Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken semalam berhubung serangan itu.

Blinken berkata, pihaknya tidak mendapat bukti dari Israel mengenai Hamas beroperasi di gedung pejabat Gaza yang menempatkan operasi media Associated Press dan Al -Jazeera yang terkena serangan udara hujung minggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here