Covid-19: 45 kematian baharu hari ini

0
2

SEBANYAK 45 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan hari ini, iaitu tertinggi di Malaysia setakat ini.

Terdahulu, jumlah kematian tertinggi dicatatkan pada 15 Mei lalu iaitu 44 kes.

Jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini meningkat kepada 1,947 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebanyak 2,784 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 429,103 kes atau 90.42 peratus.

Hari ini Malaysia mencatatkan 4,446 kes baharu dengan jumlah kumulatif terus meningkat 474,556 manakala kes aktif ialah 43,506 kes. – Malaysiapost

Foto Kredit: Twitter/@KKMPutrajaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here