Zahid persoal maksud ziarah Aidilfitri kerajaan

0
2

AHLI Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoal tindakan kerajaan memberi kompaun  isteri anggota polis sebanyak RM 2,000 akibat melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Zahud berkata, menerusi laporan media sebelum ini menyatakan wanita terbabit tidak melanggar SOP PKP namun berlaku sebaliknya.

“Justeru, saya sedikit keliru berkaitan SOP Aidilfitri yang diumumkan baru-baru ini. Apakah definisi ziarah (Aidilfitri) sebenarnya yang dibenarkan oleh kerajaan? Adakah menjenguk suami yang bertugas di lapangan menjadi satu kesalahan sedangkan wanita berkenaan dan anaknya menaiki dua kereta berbeza. 

“Lagipun mereka tinggal di kawasan berdekatan iaitu di Putrajaya atau kompaun itu dikenakan selepas foto mereka tular di laman sosial sekaligus mahu menutup kes.

“Lagipun dalam kes ini wanita berkenaan mahu memberikan juadah Aidilfitri. Mahu memberikan sokongan moral kepada suami supaya tabah berkhidmat untuk negara. Maka wajarkah dia dikompaun RM2,000? katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, bagaimanapun polis Putrajaya telah mengesahkan wujudnya  pelanggaran SOP dalam kes itu.

Namun, katanya, perkara berkenaan cepat diselesaikan berbanding kes melibatkan selebriti.

“Cepat pula siasatan dibuat sedangkan untuk selebriti masanya begitu lama. Kita tahu untuk artis kertas siasatan perlu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dahulu. Tetapi bagi kes ini hanya tiga hari. Mungkin juga bagi mengelak tanggapan ‘double standard’ gamaknya.

“Apa-apa pun isunya di sini bukan anggota polis atau orang awam. Isu sebenar rakyat akan terus dikompaun selagimana PKP dilaksanakan. 

“Dan rakyat juga terpaksa menyelinap untuk meloloskan diri. Dan kemudian mereka dicekup dan foto diviralkan. Wujud pelbagai spekulasi sehingga rakyat jua dipersalahkan,” katanya. -Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here