Kes positif dan kematian meningkat, kerajaan gagal jaga rakyat – Najib

0
3

“PENINGKATAN kes positif dan kematian bukti kerajaan tidak mampu menjaga rakyat,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sejak permulaan tahun sehingga 8 Mei lalu, sebanyak 1,003 kematian Covid-19 telah dicatatkan di hospital manakala 158 individu meninggal dunia di luar hospital.

“Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan peratusan pesakit Covid-19 yang menemui ajal di luar hospital semakin menaik,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, beliau berkata, sekiranya kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) semakin parah akan menyebabkan orang ramai memilih untuk tidak melakukan ujian saringan Covid-19 di sana maka risiko jangkitan akan menjadi lebih tinggi.

“Mereka yang disyaki positif Covid-19 terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk dinilai maka lebih ramai akan memilih untuk tidak ke CAC lalu terlepas untuk disahkan positif oleh KKM.

“Jadi, jika keadaan dan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) juga semakin melampau maka ramai juga tidak akan pilih untuk dimasukkan ke sana maka bilangan kematian Covid-19 di luar hospital akan terus meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, keadaan tersebut tidak boleh dinafikan dan ia merupakan satu tanda jelas bahawa kerajaan sudah gagal menjaga rakyat. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here