KERAJAAN memerlukan pertambahan sekurang-kurangnya 30 orang doktor dan 100 paramedik untuk membina hospital medan.
Bagaimanapun menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat ini kerajaan telah menyediakan tiga hospital medan dan menambah dua lagi hospital medan bagi mengekang gelombang ketiga Covid-19.
“Seperti yang kita tahu, tiga hospital medan telah diwujudkan di MAEPS, Tawau. dan Pokok Sena Kedah.
“Untuk kali ni kita tambah dua hospital medan baru iaitu di Kapit, Sarawak dengan 40 buah katil, dan terbaru untuk pesakit ICU di Pulau Pinang.
“Cuma kita kekurangan doktor dan paramedik dan peralatan. Jika kita dapat penambahan keperluan, doktor, paramedik yang lain, kita boleh bina banyak hospital medan lain lagi.
“Sekurang-kurangnya dapat 30 doktor dan 100 paramedik kita boleh tambah lagi hospital medan,” katanya pada sidang media khas di Hopsitan Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, cadangan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyeluruh di Selangor akan dibincang pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok. – Malaysiapost

