Covid-19: Hospital Sungai Buloh guna kontena khas simpan mayat

0
2

JABATAN Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

Perkara itu dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di Facebooknya malam ini.

Menerusi hantaran tersebut, KKM memaklumkan hari ini enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.

Kontena khas penyimpanan mayat pesakit Covid-19

“Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” katanya.

Hari ini sebanyak 36 lagi kematian baharu dicatatkan akibat Covid-19 di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kematian terus meningkat kepada 1,902. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here