PKPD : 1 lokaliti di Pahang, dua kawasan di Kedah

0
2

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang serta Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra, di Kedah bermula 18 hingga 31 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Sebanyak lapan kes direkodkan di Ulu Lepar manakala Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah merekodkan 94 kes wabak itu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut berkuat kuasa 18 hingga 31 Mei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengumumkan kawasan berkuat kuasa PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah iaitu Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C dan Pusat Perniagaan Bandar Barat.

Kampung Paya Kerchut; Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung dan Taman Desa Darul Aman Mukim Naga.

Sementara itu, PKPD di Windmills Condominium, Genting View Resorts dan Apartment Mawar, Genting Highlands, Bentong, Pahang ditamatkan hari ini, lebih awal berbanding dijadualkan pada 23 Mei ini.

“Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 237 ujian saringan dan tujuh (7) daripadanya disahkan positif Covid-19.

“KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Ismail Sabri.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here