MB Kedah buka bidaan kereta untuk tabung Palestin

0
2

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuka bidaan bagi kenderaan miliknya kepada orang ramai untuk tabung misi bantuan Palestin.

Beliau berkata, bidaan kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) itu dibuka pada harga rizab RM55,000 dan hasil bidaan sepenuhnya akan dimasukkan ke akaun #aid4palestin.

“Kereta ini sahaja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat dekat kereta ini tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin,” katanya menerusi Facebook.

Muhammad Sanusi memaklumkan beliau membeli kereta berkenaan pada 2018 dengan harga RM60,000.

Tambahnya, beliau juga menghabiskan sebanyak RM25,000 untuk membaiki kenderaan berkenaan.

“Pendek kata, kondisi kereta ni tip-top. Tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi kalau bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit- Boot dia boleh turun sendiri. Kos untuk convert power boot ke manual sekitar RM300 saja, tapi saya tak dan nak pi buat.

“Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Bidaan ini dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik bidaan ditutup pada 18 Mei, jam 3 petang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here