Keluarga salam, serah juadah raya di SJR tak langgar SOP

0
2

POLIS memaklumkan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan keluarga yang melawat suami yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihak polis terkesan mengenai satu gambar yang tular semalam berkait perkara tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati gambar itu telah disahkan berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira 1 tengah hari di SJR Putrajaya (SJR 2 persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil).

“Ia melibatkan anggota IPD Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah itu bersama keluarga dan anak beliau berusia 11, 10 dan lima tahun.

“Kehadiran isteri dan anak anggota polis terbabit pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya disamping menyerahkan juadah hari raya.

“Selesai bersalaman keluarga anggota itu telah beredar pulang ke rumah, pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkrompomi sekiranya wujudnya pelanggaran SOP PKP serta mengucapkan terima kasih di atas maklumat yang disalurkan kepada PDRM bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi.

Dalam masa sama, beliau menasihati orang awam sentiasa merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat perkongsian di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here