44 kematian baharu hari ini!

0
2

SEBANYAK 44 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan hari ini, iaitu tertinggi di Malaysia sejak wabak itu melanda.

Sebelum ini, jumlah kematian tertinggi dicatatkan pada Rabu lalu iaitu 39, manakala kedua tertinggi pada semalam iaitu 34.

Jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini meningkat kepada 1,866 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebanyak 3,432 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 422,329 kes atau 90.6 peratus.

Hari ini Malaysia mencatatkan 4,140 kes baharu dengan jumlah kumulatif terus meningkat 466,330 manakala kes aktif ialah 42,135 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here