‘Screenshot’ kumpulan WhatsApp MKT Umno tak benar, hanya rekaan

0
2

TANGKAP layar atau ‘screenshot’ kononnya dari ‘group WhatsApp MKT’ yang membincangkan arahan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merancakkan program bersama DAP, adalah rekaan semata-mata.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata ia juga disahkan oleh Ahmad Zahid Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang namanya dipetik menulis dalam group tersebut.

Malah, katanya, Datuk Seri Najib Razak yang turut dikaitkan dengan kumpulan WhatsApp tersebut bukan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), maka tidak akan berada dalam apa-apa group WhatsApp MKT.

“Jika kita buka group WhatsApp kita, nama ahli group yang terpampang di atas akan mengikut urutan abjad yang disimpan dalam telefon.

“Agak janggal jika dalam suatu “group MKT”, dua nama pertama yang terpampang ialah Datuk Seri Khaled dan Datuk Seri Najib.

“Kalaupun semua ahli group di’save’ sebagai “Dato’ Seri”, ramai lagi ahli MKT yang nama mereka bermula sebelum huruf K dan N,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Shahril menambah semuanya dilakukan oleh pihak tertentu bagi menampakkan suatu usaha untuk melakar imej negatif kepada kepimpinan parti.

“Harap ahli dan rakyat tidak terkeliru. Keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan MKT kekal terpakai ke saat ini (tiada kerjasama dengan DAP),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here