Rumah mewah pun kena – polis

0
1

POLIS tidak memilih bulu atau dwi standard dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepanjang sambutan Aidilfitri di setiap rumah. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe menolak dakwaan netizen di media sosial kononnya polis dan pasukan pemantauan SOP hanya memantau rumah orang biasa semasa sambutan perayaan ini sejak kelmarin. 

Jelasnya, polis tidak pernah berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat di daerah Gombak. 

“Ada netizen komen kenapa kita hanya pergi buat pemantauan di rumah orang biasa, bukan rumah orang kaya. 

“Sebenarnya kita ronda semua, rumah biasa, atau rumah mewah, dari rumah kampung hingga ke rumah banglo, tanpa memilih bulu. 

“Ini kerana virus Covid-19 juga tidak memilih bulu, kaya atau miskin semua terdedah kepada serangan virus,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette. 

Arifai menegaskan pihaknya akan tetap melaksanakan tugas yang diamanahkan walaupun mereka juga terdedah dengan risiko jangkitan. 

“Tugas yang dipikul oleh polis adalah demi rakyat dan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here