LIVERPOOL menyalakan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara setelah menewaskan musuh ketat, Manchester United 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.
Ia juga kekalahan kedua United di halaman sendiri dalam tempoh 48 jam selepas tewas 1-2 kepada Leicester City, kelmarin.
Bagaimanapun segalanya tampak memihak kepada United apabila mendahului seawal minit ke-10 apabila sepakan Bruno Fernandes terkena pertahanan Liverpool, Nat Phillips sebelum menerjah jaring.
Liverpool yang dinafikan sepakan dua sepakan penalti oleh pengadil, bangkit menyamakan kedudukan menerusi Diego Jota pada minit ke-34 menerusi tolakan dari jarak dekat menewaskan Dean Henderson.
Roberto Firmino memastikan The Reds mendahului sebelum tamat babak pertama menerusi tandukan hasil sepakan percuma Trent Alexander Arnold.
Firmino menggandakan kelebihan pelawat menerusi gol ketiga pada minit ke-47 dan nyaris menambah jaringan menerusi percubaan Jota yang terkena tiang.
Markus Rashford memberikan harapan buat skuad The Red Devils menerusi gol kedua pada minit ke-68.
Namun ketika United mengasak mencari gol penyamaan, Mohamed Salah menjaringkan gol keempat buat Liverpool menerusi serangan balas pada minit-minit akhir perlawanan.
Kemenangan itu melonjakkan Liverpool ke tangga kelima dengan 60 mata, empat mata di belakang Chelsea namun kekurangan satu perlawanan, United pula kekal di tangga kedua dengan 70 mata. – Malaysiapost
.
Kredit Foto: This Is Anfield

