Angka kematian Covid-19 di Malaysia membimbangkan – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun situasi Covid-19 negara tidak seteruk India, namun jumlah kematian akibat wabak itu di Malaysia amat membimbangkan.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata semalam sebanyak 26 kematian direkodkan sementara kelmarin adalah 25 kes – sekiranya trend ini berterusan dianggarkan 9,500 mangsa terkorban akibat Covid-19 setahun.

“Jumlah pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat rekod baru semalam.

“Dalam tempoh satu minggu yang lepas, jumlah kematian akibat Covid direkod adalah sebanyak 150 mangsa.

“Sebanyak 1,132 mangsa telah terkorban sejak Darurat bermula berbanding 551 orang dalam tempoh sebelum Darurat – jelas membuktikan Darurat telah gagal melawan Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Najib berkata, propaganda yang tersebar sejak beberapa hari lepas bahawa rekod Covid-19 Malaysia adalah lebih teruk berbanding India dari segi saiz penduduk adalah tidak benar.

“Perkara tersebut turut dinafikan KP Kesihatan dalam sidang medianya hari itu.

“Ianya mungkin benar dari sudut jumlah kes terkumpul berbanding saiz penduduk pada awal bulan April tetapi India telah melepasi Malaysia sekali lagi setelah mutasi berkembar menganas di sana.

“Dari segi jumlah kematian berbanding saiz penduduk pula, kadar kematian India adalah lebih tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia (175 setiap sejuta penduduk berbanding 51.5 bagi Malaysia),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here