Laksana ‘total lockdown’ masa cuti raya

0
2

KERAJAAN harus mengambil peluang cuti sempena Aidilfitri ini untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razlan Rafii berkata ini kerana tidak banyak kegiatan ekonomi berjalan semasa Hari Raya.

Malah, katanya, ada syarikat yang menutup pejabat sehingga dua minggu lamanya.

“Jadi, saya sarankan agar pihak kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ sehingga 14 hari kemudiannya.

“Harap semua rakyat dapat bersama-sama bekerjasama untuk memutuskan rangkaian ini.

“Kasihanilah frontliner kita yang tidak pernah berehat sudah melebihi setahun, mereka juga punya keluarga untuk dijaga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua
aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini hingga 6 Jun ini.

Sepanjang tempoh itu aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, tidak dibenarkan.

Beliau juga berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sekiranya berlaku pertambahan kes harian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here