Terima kasih Raja Salman – Najib

0
3

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud.

Ini kerana Raja Arab Saudi itu menghadiahkan 500 kotak bakul makanan ke Masjid Ar-Rahah di ibu negara untuk diagih kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Bakul makanan ini diagihkan kepada golongan asnaf di seluruh kawasan Lembah Pantai.

“Terima kasih kepada TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robian yang menyampaikan bakul makanan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Pengerusi Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Datuk Ahmad Tajuddin Idris; Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ketua Imam Masjid Ar-Rahah, Ustaz Haffiz.

“Semoga setiap pahala dari sumbangan, kebajikan, niat serta kebaikan yang hadir di masjid ini akan dikirimkan tanpa henti kepada arwah bonda saya,” katanya.

Terdahulu Pertubuhan Ilmuwan Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi menjadi destinasi kemuncak bagi Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Suci Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud (Ramadan 1442H).

Hadiah berupa 500 kotak bakul makanan disampaikan kepada pihak pentadbiran Masjid Ar-Rahah dengan kerjasama Pertubuhan Ilmuwan Malaysia (iLMU), iaitu antara NGO yang diamanahkan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur untuk mengagih hadiah dari baginda Raja Salman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here