Jangkitan sporadik lebih daripada kluster biasa

0
2

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kebanyakan kes jangkitan dalam negara kini adalah sporadik dalam komuniti iaitu tidak diketahui dari mana punca jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Norr Hisham Abdullah berkata, sebanyak 56 varian dikesan, namun kes sporadik lebih daripada kes kluster biasa yang direkodkan KKM.

“Jadi maknya kes-kes kini ada dalam komuniti. Kita perlu berhati-hati bagi mestikan kita tidak dijangkiti.

“Kalau kita tidak mengambil tindakan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), risiko untuk dijangkiti amat tinggi,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, biarpun kini negara telah menerima vaksin Covid-19 dan proses vaksinasi sedang berjalan tetapi ia masih awal untuk disebutkan.

“Keupayaan vaksinasi masih awal, kita tidak boleh bergantung pada vaksinasi lagi. Kita perlu tetap patuh SOP, pakai pelitup muka, cuci tangan, jaga jarak dan elakkan tempat sesak,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menolak peningkatan kes yang berlaku adalah gelombang keempat jangkitan Covid-19.

Beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 terdahulu adalah kesinambungan daripada gelombang ketiga yang tidak dapat diratakan sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here