Zakat Selangor bantu lelaki tinggal dalam kereta

0
1

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) berjaya menjejaki dan menghulur bantuan kepada seorang lelaki yang tinggal bersendirian dalam sebuah kereta berhampiran Denai Alam di Shah Alam, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi LZS apabila Skuad Saidina Umar LZS bergegas ke lokasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

Menurut LZS, siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun itu baru berhijrah dari Kedah dan sedang mencari pekerjaan di Selangor.

“Sebelum ini, lelaki yang belum berkahwin itu tidur di kawasan rehat dan rawat namun terpaksa keluar kerana kawasan berkenaan telah ditutup.

“Ketika ini, dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

LZS memaklumkan pihaknya cuba mendapatkan rumah sewa untuk lelaki berkenaan selain turut didaftar sebagai asnaf fakir dan bantuan kewangan bulanan akan disalurkan bermula bulan ini.

“Namun dia memohon supaya diberi sedikit masa supaya dapat mencari bilik atau rumah sewanya sendiri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here