Azwan Ali ‘sekolahkan’ selebriti rentas negeri, tak patuh SOP

0
2

BUKANLAH Azwan Ali sekiranya tidak mengeluarkan kenyataan ‘bisa’.

Terbaharu, selebriti sensasi ini kembali trending di Twitter disebabkan ciapan tajamnya berhubung isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan selebriti.

Walaupun tidak menamankan mana-mana selebriti, menerusi satu muat naik video, Azwan mengkritik mana-mana selebriti yang merentas negeri sampai ke Nilai 3, Negeri Sembilan semata-mata ingin memberi karpet.

“Tak payah menggelupur pergi Nilai 3! Dahlah kau tak rentas negeri tak ikut SOP.

“Sini berlambaklah sedih! kau terasa ke? kaulah!,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Sementara itu, dalam ciapan berasingan, Azwan atau mesra disapa Diva AA menyokong kenyataan pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Ia dipercayai berkaitan kenyataan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nur Haliza berhubung isu ‘kumpul pahala’ selepas dikecam netizen ekoran dakwaan melanggar SOP.

“Hidup Ridhuan Tee! Makikan je! ‘Tag’ mana-mana sempudal bangsar kluster kayangan,” katanya dalam ciapan berkenaan.

Terkenal dengan ciapan ‘keras’ berbaur makian, Azwan turut mencuri tumpuan apabila sempat menjawab salam sebelum ‘bertekak’ dengan seorang pengguna Twitter yang tidak diketahui identitinya.

Pemilik akaun Twitter berkenaan mempersoalkan tindakan Azwan yang galak memaki-hamun orang lain sedangkan dalam video yang dimuat naik, dirinya kelihatan tidak memakai pelitup muka di satu kedai menjual karpet di ibu negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here