Kes baru harian Covid-19 lepasi angka 4,000

0
2

PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan kini jumlah jangkitan harian sudah melepasi 4,000 kes.

Secara keseluruhan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 4,498 kes dengan jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 432,425 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,424 kes dan 140,270 kes keseluruhan dan diikuti Sarawak – 750 kes (34,227) dan Kuala Lumpur – 436 kes (46,003).

“Johor mencatatkan 327 kes (47,318); Kelantan – 297 kes (16,474); Kedah – 209 kes (10,839) dan Pulau Pinang – 313 kes (21,258). Sementara, Negeri Sembilan – 188 kes (19,453); Sabah – 153 kes (58,733) dan Perak – 148 kes (15,416).

“Terengganu pula mencatatkan 87 kes (4,728); Pahang – 78 (5,590); Melaka – 74 (7,835); Putrajaya lapan kes (1,428; Perlis empat kes (376) dan Labuan dua kes (2,477),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes baru harian Covid-19 menunjukkan trend meningkat sejak minggu lalu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di beberapa daerah membabitkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Larangan merentas daerah dan negeri turut dikuatkuasakan bagi kawasan yang menjalani PKP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here