Polis nafi kanak-kanak diculik warga Bangladesh

0
3

POLIS mengesahkan tiada sebarang insiden kanak-kanak bawah umur diculik berlaku di Bukit Raja, Klang, seperti yang ditularkan di sebuah portal berita, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata sebaliknya remaja berkenaan keluar bersama dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang, kelmarin.

“Polis mengesahkan tiada kes culik seperti ditularkan dan remaja tersebut kini berada bersama keluarganya.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, sebuah portal berita dalam hantarannya Facebooknya mendakwa seorang kanak-kanak bawah umur disyaki diculik dua orang warga Bangladesh.

Susulan itu, warga Bangladesh berkenaan ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di tol Bukit Raja ketika menaiki sebuah kereta sewa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here