Anggota polis dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala

0
2

SEORANG anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati di rumah sewa rakannya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, Sarawak, semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Stanley, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam apabila pihak berkuasa menerima laporan tentang kematian mangsa.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk di sofa di rumah sewa lima orang rakannya, sedangkan dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

Mangsa juga baru memulakan tugas di situ lebih kurang satu bulan setengah dan berasal dari Pahang.

Stanley berkata, sebelum kejadian, mangsa telah datang ke rumah rakannya untuk bermain permainan video sebelum waktu berbuka puasa.

Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.

Kes tersebut telah masih lagi dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here