Ketua Pemuda PAS Selangor positif Covid-19

0
2

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan selanjutnya di Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menerusi kemas kini di laman Facebook miliknya.

Menurut Khairil, Hanafi yang sebelum ini menjalani proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh susulan demam berpanjangan dan keadaan badannya yang semakin lemah.

“Saya dapat berita yang menyedihkan hati pada malam semalam dan kalau diikutkan hati, saya nak ke Hospital Sungai Buloh sekarang juga.

“Sahabat saya (Hanafi) sedang menjalani kuarantin di MAEPS terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh akibat demam berpanjangan dan badan semakin lemah,” katanya.

Tambah Khairil, sepanjang perkhidmatan, pemimpin muda itu merupakan seorang petugas yang sangat komited dalam menggerakan barisan Pemuda Pas.

“Ya Allah, engkau sembuhkanlah sahabat seperjuanganku ini dan mereka yang terjejas dengan virus Covid-19 ini,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here