Ebit Lew santun gelandangan, buka puasa di kaki lima

0
2

Nurul Huda Abhar

“USTAZ berbuka di sini ke? Kotor ni ustaz,” tanya seorang gelandangan wanita kepada penceramah bebas terkenal, Ebit Lew yang mahu berbuka puasa bersama-sama dengannya.

Ebit Lew menjawab, “mana ada kotor akak. Akak tidur, makan semua di sini. Kita sama sahaja kak”.

Demikian antara perbualan antara Ebit Lew dengan seorang gelandangan di Kuala Lumpur ketika mengagihkan juadah berbuka kepada golongan tersebut.

Menulis di Facebook, Ebit berkata, ketika sesi pengagihan juadah berbuka, ramai gelandangan yang beratur untuk mendapatkan makanan, malah ada yang meminta lebih untuk dimakan ketika bersahur.

“Kakak tidur mana? tepi kedai ni ke? Tidak ustaz. Saya tidur bawah jambatan sana. Mandi dekat mana. Mandi dekat tandas awam je. Ok ke kakak? Takper ustaz saya dah biasa. Dah tu kerja apa. Saya kerja kutip-kutip tin jer ustaz.

“Mana akak tahu saya sampai. Tadi semua orang jerit-jerit nampak kereta putih ustaz. Diaorang kata nasi sedap panas-panas dah sampai,” tulisnya semalam.

Selain mengagihkan juadah berbuka, Ebit juga memberi sumbangan wang, walaupun pada mulanya wanita berkenaan tidak mahu menerimanya.

Ebit juga mengambil kesempatan berbuka puasa bersama-sama gelandangan, dan makan di lantai kaki lima tanpa rasa kekok.

“Terasa sebak bila makan bersama mereka. Terasa betapa besar nikmat Allah beri dalam hidup kita. Kita tak diuji macam mereka,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here