Lelaki bergelang merah jambu pergi pasar raya dikompaun RM5,000

0
2

SEORANG lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas gambarnya sedang berurusan di kaunter sebuah pasar raya di Raub, Pahang dengan memakai gelang merah jambu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berkenaan dikompaun semalam kerana gagal kuarantin di rumah sendiri selepas dipakaikan gelang merah jambu.

“Rentetan satu tangkap layar yang dimuat naik oleh penama Rasyidie Azren di laman facebook Penduduk Raub, penama dalam gambar tersebut telah dikompaun oleh pihak polis atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut bahawa dia beranggapan hanya tidak boleh keluar dari kawasan Sungai Ruan dan tidak mendapat penjelasan yang teliti dari pihak Kementerian Kesihatan selepas memakai gelang supaya tidak keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kama berkata,, lelaki tersebut telah dikompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

“Jadi kita memohon orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika nampak pelanggaran SOP terutamanya mereka yg dikenakan tindakan kuarantin.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan orang ramai,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here