Bersatu Simpang Renggam terbubar?

0
2

BERSATU Johor sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas surat peletakan jawatan barisan pimpinan Bersatu Bahagian Simpang Renggam, termasuk semua ketua cawangan yang tular di media sosial sejak semalam.

Setiausaha Bersatu Johor, Sahruddin Jamal, mengesahkan pihaknya menerima surat berkenaan 3 Mei lalu.

“Surat itu sudah sampai ke pejabat Bersatu Johor dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Dakwaan yang kata Bersatu Simpang Renggam dah bubar itu, saya tidak tahu kenyataan daripada siapa, saya kena siasat dulu,” katanya dipetik FMT, hari ini.

Terdahulu, akaun Facebook menggunakan nama ‘Pak Tam’ memuat naik gambar surat dan nama semua ahli jawatankuasa (AJK) yang meletak jawatan, serta kenyataan Naib Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Sidik Arifin.

Gambar surat peletakan jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Sidik Arifin yang tular di media sosial.

Jawatan Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam kosong tahun lalu, selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengesahkan keahlian penyandangnya, Maszlee Malik, terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu pada Jun 2020.

Maszlee Malik mengumumkan keluar dari Bersatu dan sehingga kini masih bebas tanpa menyertai mana-mana parti politik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here