Nilam Oshman
KES baharu Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 3,551 kes berbanding 3,744 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini adalah 427,927 kes.
Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,137 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (477), Sarawak (391), Kelantan (326), Pulau Pinang (305), Johor (258),Perak (137) dan Kedah sebanyak 112 kes.
Sementara, Pahang (97), Negeri Sembilan (85), Melaka (82), Sabah (69), Terengganu (58), Melaka (52), Putrajaya (12), Perlis (3) dan Labuan dua kes. – Malaysiapost

