Ebit Lew bantu langsaikan sewa rumah 15 bulan ibu 5 anak

0
2

KESENGSARAAN seorang isteri yang ditinggalkan suami dalam meneruskan kelangsungan hidup bersama lima orang anaknya mendapat perhatian pendakwah dermawan, Ebit Lew, hari ini.

Menerusi satu hantaran Facebook, Ebit berkongsi pengalamannya menemui enam beranak tersebut yang semakin berputus asa untuk meneruskan ‘survival’ kehidupan.

“Dah dua hari terbaca tentang kesusahan dan ujian Teresa Santa berbangsa Iban dari Sibu Sarawak menetap di Puchong Selangor. Membesarkan 5 orang anak semua masih bersekolah setelah ditinggalkan suami selama 3 tahun.

“Baru masuk rumah, Puan Teresa menangis-nangis. Saya dah mati ke ustaz. Saya dah mati ke? Saya selalu fikir nak mati jer. Pernah beberapa kali fikir macam nak mati. Hari ini saya jumpa dengan ustaz. Teresa menangis je kuat-kuat. Tak berhenti menangis. Tuhan kabulkan doa saya. Ustaz tolong semua tanpa kira siapa dia, bangsa or agama,” tulis Ebit.

Menurut Ebit, pihaknya telah bersetuju untuk membantu meringankan masalah yang melanda keluarga itu terutama dalam isu tunggakan sewa rumah yang didiami mereka.

“Saya dapat tahu rumahnya dah tak bayar sewa 15 bulan. Begitu juga air dan elektrik. Saya bayarkan semua sewa rumah. Terus telefon owner rumah tadi untuk tanggung sewa rumah kakak ni selepas ini sehingga akak ini boleh berdikari.

“Sampai rumahnya tadi sedih tengok rumah kosong je. Ada tilam lama jer. Tiada perabot lain. Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh dan Laptop untuk anaknya belajar. Belajar rajin-rajin ye adik. Semoga berjaya menjadi seseorang dan boleh tolong orang lain,”

Pada masa sama, Ebit juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung Malaysia yang memberitahunya berkenaan keluarga malang itu.

“Saya dimaklumkan ramai prihatin dan hantar makanan dan memberi duit belanja juga buat keluarga ini.

“Masa sampai tadi jumpa dengan timbalan pengerusi Persatuan Anak Borneo Semenanjung Malaysia, beliau yang kongsikan keadaan keluarga ini. Mereka menangis cakap terima kasih membantu,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here