Intan Najuwa pula ditegur netizen kerana….

0
2

PELAKON jelita, Intan Najuwa mendapat perhatian netizen gara-gara satu hantaran video di Instagram miliknya, baru- baru ini.

Menariknya kali ini, Intan Najuwa tidak melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti kebanyakan selebriti terkenal lain.

Sebaliknya apa yang mengundang perhatian adalah pakaian yang digaya Intan mendapat teguran pengikut di Instagramnya.

Intan baru-baru ini memuat naik sebuah video dalam platform media sosial itu, yang mana dia mengenakan baju yang menampakkan sedikit bahagian perut.

Dari kaca mata netizen, baju tersebut tidak sesuai dipakai, terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah sikit,” tegur pengikut Instagramnya.

“Saya suka Intan dan berdoa agar dia menutup aurat. Saya tak mahu dia masuk neraka,” tulis seorang netizen.

“Jaga sikit perut tu sis. Nampak tu.Tak manis bulan puasa ni,” tegur seorang peminat.

Bagaimanapun, Intan tidak membalas sebarang komen netizen yang menegurnya.

Namun memang ada benarnya teguran netizen ini. Mereka tegur sebab sayang pada Intan.

Mungkin selepas ini Intan boleh berhati-hati dan lebih sensitif apabila hendak menggayakan sesuatu pakaian. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here