SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah meminta semua umat Islam di negeri itu bermunajat kepada Allah dengan mendirikan solat hajat dan mendoakan agar umat manusia dapat mengatasi wabak Covid-19.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md Rofiki Datuk A Shamsudin, berkata Sultan Ibrahim menitahkan umat Islam di Johor untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT agar Covid-19 dapat dihapuskan.
“Solat sunat hajat boleh didirkan di masjid, surau serta kediaman masing-masing. Pelaksanaan adalah selepas solat fardu Maghrib atau yang bersesuaian serta selepas solat Jumaat.
“Ia dalam menangani suasana yang sedang berlaku waktu ini dan semoga Allah SWT mengangkat wabak Covid-19 dengan rahmat dan pertolongannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malaysia diambang gelombang ke empat Covid-19 susulan jumlah jangkitan harian kembali meningkat melebihi 3,000 kes sejak seminggu ini.
Malah, beberapa negeri dan daerah dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam usaha mebendung pandemik berkenaan. – Malaysiapost

