Covid-19: Sultan Ibrahim titah rakyat Johor buat solat hajat

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah meminta semua umat Islam di negeri itu bermunajat kepada Allah dengan mendirikan solat hajat dan mendoakan agar umat manusia dapat mengatasi wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md Rofiki Datuk A Shamsudin, berkata Sultan Ibrahim menitahkan umat Islam di Johor untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT agar Covid-19 dapat dihapuskan.

“Solat sunat hajat boleh didirkan di masjid, surau serta kediaman masing-masing. Pelaksanaan adalah selepas solat fardu Maghrib atau yang bersesuaian serta selepas solat Jumaat.

“Ia dalam menangani suasana yang sedang berlaku waktu ini dan semoga Allah SWT mengangkat wabak Covid-19 dengan rahmat dan pertolongannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia diambang gelombang ke empat  Covid-19 susulan jumlah jangkitan harian kembali meningkat melebihi 3,000 kes sejak seminggu ini.

Malah, beberapa negeri dan daerah dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam usaha mebendung pandemik berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here