Polis Selangor tingkatkan SJR elak rentas daerah

0
2

POLIS Selangor menasihat orang ramai yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya patuh terhadap larangan rentas daerah kecuali atas urusan kecemasan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata kontinjen Polis Selangor bersiap sedia untuk memastikan orang ramai patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Sepanjang tempoh perlaksanaan PKP dan PKPB ini, polis kontinjen Selangor akan mempertingkatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah.

“Ia bertujuan menyekat sebarang aktiviti untuk merentas negeri dan daerah daripada berlaku terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.

“Selain itu, pemantauan di bazar Aidilfitri, pusat membeli belah dan tempat tumpuan orang ramai akan turut dipertingkatkan bagi memastikan pematuhan SOP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, enam daerah di Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Gombak,dan Petaling dikenakan PKP mulai esok sehingga 17 Mei.

Manakala, daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam berstatus PKPB. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here