Rakyat Selangor rayu dapat rentas daerah pada 1 Syawal

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan merayu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan orang ramai merentas daerah di Selangor pada 1 Syawal untuk menyambut Adifilfitri.

Beliau berkata, ramai yang tidak berpuas hati terutama rakyat Selangor kerana tidak dapat beraya susulan larangan rentas daerah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah negeri itu mulai esok.

“Oh! SOP PKP.. Ramai yang mengadu dan merayu agar dibenarkan rentas daerah pada 1 Syawal bagi berhari raya bersama keluarga.

“Kata mereka ‘takpe lah tak boleh rentas negeri tu, kami akur dengan SOP kerajaan, tapi bagi lah kami peluang beraya dan ziarah pada 1 Syawal di dalam negeri sama’.

“Sudah setahun lebih kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, sudah dua kali Syawal kita dalam tempoh PKP. Harap dipertimbangkan, dalam masa yang sama segala SOP dipatuhi demi kebaikan bersama,” catat Zahida di Facebook, hari ini.

Situasi Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir-akhir ini dan Selangor antara negeri yang mencatatkan jangkitan harian tinggi.

Susulan itu, MKN mengumumkan enam daerah menjalani PKP bermula esok hingga 17 Mei ini. Justeru, mereka yang tinggal di daerah yang berstatus PKP tidak dibenarkan merentas daerah.

Berbanding sambutan tahun lalu, orang ramai diberikan peluang merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal sehingga jam 12 tengah malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here