Nora Danish khatam al Quran kali kedua di bulan Ramadan

0
2

PELAKON Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk sekali lagi khatam al-Quran pada bulan Ramadan menjadi kenyataan.

Nora menerusi hantaran di Instagramnya memaklum perkara itu termasuk memuat naik video membaca surah An Nas selain menzahirkan rasa syukur kerana berjaya khatam di 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam entri tersebut, Nora turut meluahkan rasa syukur niatnya untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan dimakbulkan Allah.

Pelakon yang mencipta dama dalam drama komedi ‘Puteri’ itu juga berharap dia mampu khatam Al-Quran setiap tahun di bulan Ramadan.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Bulan Ramadan Allah kabulkan. Syukur Ya Allah. Terima Kasih Allah.

“Lepas khatam tadi di rumah mak Nora, terus hujan. Hujan rahmat. Habis doa hujan berhenti. MasyaAllah, Allah maha mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” tulisnya.

Dalam video berkenaan Nora berkata, apabila sudah selesai, dia akan mengulang semula dari awal sedikit demi sedikit dan akan menghabiskan lagi separuh muka surat di bulan Ramadan.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha Nora serta menjadikan inspirari untuk melakukan perkara sama setiap kali bulan Ramadan.

Malah, suaminya, Nedim Nazri turut mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga terhadap isteri tercinta.

“Super proud of you sayang, Congratulations Duniya,” tulisnya menggunakan akaun boss_ned. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here