Kanak-kanak jadi gelandangan selepas ibu bapa meninggal akibat Covid-19

0
2

SIAPA pun pasti sedih apabila kedua-dua orang tua sudah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.

Lebih meruntunkan hati, apabila ibu bapa yang meninggal dunia mewariskan zuriat masih kecil untuk tabah menghadapi liku-liku kehidupan ini.

Namun, itulah apa yang perlu ditempuh seorang budak lelaki berumur 12 tahun ini yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian itu, Ebit memberitahu adik tersebut baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Ebit, kanak-kanak tersebut dijumpainya di Bukit Raja di Klang, tidur bergelandangan di tepi jalan.

“Kecil lagi dah jadi gelandangan, Kasihan, hidup tanpa hala tuju,” catat Ebit.

Tambah Ebit lagi, ramai orang sekitar yang cuba membantu sehinggalah ada yang mesej dan meminta dia datang membantu.

Ebit kemudian bergegas menghulurkan bantuan dan menawarkan kepada kanak-kanak tersebut untuk masuk belajar di madrasah.

“Ditanya bagaimanakah dia berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan ini, adik tersebut menyatakan ada orang memberi dia makanan untuk sahur dan juga berbuka,” katanya.

Perkongsian Ebit itu mendapat hampir 8,000 komen daripada netizen yang simpati dengan nasib menimpa adik tersebut. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook/Ebit Liew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here