Aktiviti pelancongan digantung serta-merta – Ismail Sabri

0
2
ismail sabri

GELEMBUNG Pelancongan Bersasar yang dibenarkan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke kawasan PKPP lain menggunakan agensi pelancongan sebelum ini digantung serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah penggantungan itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

“Gelembung Pelancongan Bersasar (Green Travel Bubble) itu akan diteruskan semula apabila kita berasakann ia sesuai untuk dilaksanakan dan diumumkan semula apabila sampai masanya nanti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan kerajaan sudah mengarahkan polis supaya meningkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di negeri dan kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti di bawah sistem amaran awal – ‘Hotspots Identification for Dynamic Engagement’ (Hide).

“Langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan.

“Semalam, seramai 301 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 293 individu dikompaun dan lapan lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (127), tidak memakai pelitup muka (70), tiada penjarakan fizikal (19) dan lain-lain (85),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here