8 individu beri keterangan hadir majlis tahnik anak Tok Ti

0
2

LAPAN individu termasuk penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kesemua individu berkenaan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk proses dirakamkan percakapan.

“Kes ini masih lagi di dalam siasatan dan pihak polis sedang dalam tindakan mengesan serta memanggil kesemua individu berkaitan dengan kes untuk dirakamkan keterangannya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza dihujani kecaman netizen selepas didakwa menjemput beberapa pendakwa bebas dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa baru-baru ini.

Pertikaian tersebut timbul selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan semalam, penyanyi nombor satu negara itu memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku pada majlis tahnik berkenaan.

Katanya, sebaliknya individu terlibat bersetuju untuk hadir kerana kebetulan memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here