Penduduk hadir kenduri di KL cetus Varian South Afrika di Kelantan

0
2
KOTA BHARU 16 JULAI 2018. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

KEWUJUDAN varian South African B.1.351 di Kelantan sehingga semalam dipercayai daripada penduduk negeri itu yang menghadiri kenduri di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata varian itu dikesan hasil pergerakan rentas negeri.

Katanya, sehingga semalam sebanyak 10 kes dikesan membabitkan varian berkenaan daripada Kluster Bunut Sarang Burung di Tumpat.

“Untuk kes varian South African B.1.351 ini, kita mengesan ia hasil pergerakan rentas negeri. Mungkin rakyat Kelantan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri sebelum membawa balik varian berkenaan.

“Bagi kes tercetus dari pergerakan rentas negeri, kita tidak boleh menyalahkan perantau semata-mata kerana ia membabitkan kedua-dua pihak iaitu rakyat Kelantan yang berkunjung ke luar, selain orang luar masuk ke Kelantan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata varian South African B.1.351 kali pertama dilapor di dunia pada Disember 2020 di dua negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan.

Katanya, di Malaysia varian itu mula dikenal pasti pada Mac lalu dan ia mempunyai kaitan lokasi geografi serta berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti ditunjukkan dalam analisis filogenetik.

Dr Izani berkata, kewujudan varian di Kelantan itu begitu mengejutkan kerana ia mempunyai lima kesan yang menjadikan ia berbahaya.

“Antaranya, kadar kebolehjangkitan (RT) akan menjadi tinggi dan mengurangkan imuniti badan, selain mereka yang dijangkiti Covid-19 daripada varian itu akan menjadi lebih teruk berbanding pesakit lain.

“Justeru, saya mengingatkan semua pihak termasuk golongan kenamaan tidak melakukan rentas negeri jika tiada urusan penting.

“Perkara ini yang menjadi kesukaran kepada polis dalam usaha mencegah rentas negeri kerana masing-masing mempunyai surat kebenaran,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP/Syamsi Suhaimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here