Hamzah rakam penghargaan kepada Hamid Bador

0
2
Datuk Seri Hamzah Zainudin

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Abdul Hamid Bador atas sumbangannya selama dua tahun sebagai Ketua Polis Negara.

Abdul Hamid yang dilantik mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei 2019 bersara hari ini dan menyerahkan tampuk kepimpinan pasukan kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamzah menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said turut mengucapkan tahniah kepada Acryl Sani.

“Saya yakin Acryl Sani mampu pikul tanggunghawab dengan sebaiknya demi kepentingan warga PDRM,” katanya pada majlis serah tugas Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.

Hamzah tidak hadir pada majlis itu kerana dilaporkan menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini, Abdul Hamid mendedahkan wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam urusan pentadbiran pasukan polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here