KERAJAAN diminta mendedahkan dapatan siasatan dalaman oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kes ingkar perintah kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata ia bagi membolehkan rakyat menilai keseluruhan kes berkenaan.
Beliau juga mempersoalan apakah perkara yang cuba disorok oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan di sebalik dapatan siasatan dalaman KKM terbabit.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan dalaman berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Khairuddin kepada polis untuk tindakan lanjut.
Berikutan itu, katanya, KKM menyerahkan sepenuhnya isu berkenaan kepada polis untuk menyiasat. – MalaysiaPost

