PELAKON Zarina Anjoulie atau Anju bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar hanya setelah dua bulan kembali rujuk.
Perkara tersebut dimaklumkan Anju menerusi hantaran di laman Instagramnya, tiga jam lalu.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas (suami) dah cerai. Yes, betul kami dah cerai,” tulisnya.
Dalam muat naik Insta Story, dia turut menulis mengenai penceraiannya.
“Pengumuman, aku dah cerai buat kali kedua,” tulisnya.
Menerusi entri berlainan, Anju mendedahkan suaminya sering menyebut perkataan cerai setiap kali mereka bergaduh.
Malah, dia berkata tidak pernah mengeluh jika suaminya tidak boleh memberi kemewahan seperti suami orang lain.
“Kalau dah setiap kali gaduh suami minta cerai ha cerai la aku tak hadap la.. aku ada maruah. Nak cakap aku semak?
“Aku tak pernah complain kau tak bagi aku apa, aku tak pernah complain kau tak boleh bagi aku rumah, kereta, bawa aku shopping macam suami lain sebab aku terima lau seadanya. Im glad its over,” tulis Anju
Sebelum ini, tidak sampai sebulan bercerai Anju dan bekas suaminya merujuk semula kerana tidak mahu berputus asa dengan perkahwinan yang dibina pada 17 Julai tahun lalu selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awang Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

