BIARPUN isu kompaun yang dikenakan ke atas Neelofa dan keluarganya masih hangat diperkatakan, nampaknya selebriti itu tidak serik-serik apabila sekali lagi dikatakan rentas negeri, baru-baru ini.
Kali ini, tular di media sosial mendakwa Neelofa dan suaminya, PU Riz ‘terkantoi’ dilihat sedang membeli belah di pusat komersial Nilai 3, Negeri Sembilan.
Menerusi beberapa hantaran, netizen dapat menangkap lokasi keberadaan pasangan kontroversi tersebut apabila sedang mengunjungi gedung karpet di kawasan membeli belah itu.
Malah, beberapa tangkap layar menunjukkan Neelofa turut memuat naik video di Insta Story ketika pemilik Gedung kapet itu mempromosikan perniagaannya.
Namun begitu, semakan di Instagram Neelofa mendapati video tersebut telahpun di padam.
Sebelum ini, Neelofa dan keluarga didenda RM60,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Mac lalu. – Malaysiapost

